Boleh start searching for alarm system. Cadangnya lepas kereta keluar dari port dah legally on the road, terus nak install alarm system. Worry juga since Alphard ni antara kereta 'panas' juga walaupun kereta dah lama.Nak tak nak kena invest juga dalam car security.
Antara jenis security yang nak dipertimbangkan:
Electronically Security (brand)
1. Captor Alarm
2. Cobra Connex
3. IES Alarm
Mechanical Security (type / brand)
1. Steering Lock
2. Gear Lock
3. Hood Lock
4. Wheel Clamp CAPTOR ALARM
http://www.captor.com.my/index.html
GPS/GSM/RF tracking method
24H Recovery Services to recover stolen car
Track Online via internet
SMS requesting for its location and receive a street address of where it is.
Captor ada RF tracking method, di mana theft sekarang ni boleh jammed kan signal GPS/GSM kereta. Yang aku peliknya, kenapa la jammer ni senang sangat dijual kat Malaysia ni. Kat lelong.com pun ada dijual, means that sesiapa sahaja boleh jammed GPS/GSM alarm kereta kita. Dah jadi 'uncontrolled' item.
Kelebihan Captor ialah RF technologi untuk recover semula kereta kita ni. Dalam kes stolen car tidak dapat dikesan melalui isyarat GPS dan juga GSM, RF akan digunapakai.
http://www.captor.com.my/iInfo-RF.html
Recovery rate adalah sangat bagus, dari website, 90% dapat balik kereta.
Price - RM2400 & RM2520
Ada annual fee, kalau pakej RM2400, annual fee = RM240 (RM20/m)
Pakej RM2520, annual fee = RM360 (RM30/m)
Beza pakej RM2520, boleh monitor via internet, view trip history dan juga sms untuk request lokasi kereta (sistem akan hantar nama jalan kat mana lokasi kereta) http://www.captor.com.my/i519-price.html
COBRA CONNEX
http://www.cobra.com.my/connex_intro.html
Sekali imbas, alarm ini tiada RF technology which is disadvantage compared to Captor. Tapi sesetengah pengalaman orang, Cobra Connex is better . Kalau tidak silap, Honda Malaysia ada menyediakan optional untuk new buyer install Cobra Connex system dalam kereta mereka.
Cobra Connex Features:
1. Alarm Alert
2. Battery Alert (avoid battery is tampered/low battery warning)
3. Movement Sensor (car tow alert)
4. SVR System Device Alert (If the GPS antenna of the SVR System device is tampered, will receive alert)
5. Engine Immobilisation (engine turn off once confirmed stolen)
6. System Health Check (system maintenance)
7. Enhanced Safety: Automatic Driver Recognition (ADR card is required to start engine)
Pricing & Details Feature per package,refer to below link
http://www.cobra.com.my/connex_pricing.html
TQ | TQi | T5 | T5A | |
Cost per unit (inclusive of installation charges and 1st year CSE SOC fee) | RM2,980 | RM3,380 | RM3,980 | RM4,380 |
Renewal fee | RM360 | RM360 | RM360 | RM360 |
ADR Card (Optional) | NA | NA | STD | OP |
Tracking (Optional) RM50 prepaid credit. RM0.50 per tracking request | NA | OP | OP | OP |
SMS - receive SMS alert SOC - receive call from Secure Operating Centre.
Mechanical Lock
Pada pendapat aku la, mechanical lock la yang paling susah dan paling secure. Kenapa? kalau setakat alarm elektronik nie, aku rasa pencuri kereta kat Malaysia dah menyiapkan diri dengan ilmu penuh dada dengan bantuan alat alat untuk disable alarm ni contohnya GPS/GSM jammer tu la.. Haprak betul...
Steering Lock - paling senang untuk buka, potong je steering tu dengan gergaji, tak sampai 2 minit, dah boleh buka.. Gear Lock - Yang ni boleh diharap, brand yang effective kat market ialah Yuubi Lock http://www.yuubi.com.my/malaysia-automotive-OEM-car-gearshift-security-lock-intro.asp
Hood Lock - ada 2 jenis juga, satu yang electronic dan mekanikal, bagi aku baik pakai yang mekanikal la.Cuma menangis la kalau x dapat buka kereta dek sbb bateri kong. Lepas tu pula, kereta hanya boleh buka pakai remote je....hahah
Wheel Clamp - yang jadi masalahnye , kalau nak pasang dan nak bawanya dalam kereta, tapi mmg efektif
Sebaik-baiknya pasang je semua lock yang boleh dilihat dengan mata kasar. Bila pencuri kereta target kereta kita, dia mesti akan jengok2 dulu kan. Kalau ada semua lock tu + electronically alarm yang tak nampak dengan mata kasar, mesti dia fikir banyak kali juga kan. Nak kena bukak steering lock la, wheel clamp la, makan masa.
|
No comments:
Post a Comment