15 May 2012...7.30pm
I drive my Alphard for first time in Malaysia.
Kereta dah lulus Puspakom. Agen bagitau dah boleh register kereta kat JPJ. Semua dokumen dah lengkap cuma e-daftar document tiada, so agen akan emailkan pagi pagi lagi. Ingatkan malam tu, just nak collect document untuk buat registration kat JPJ Sri Gading, Batu Pahat.
Tak sangka pula, agen dah buatkan permit sementara untuk drive sampai ke Batu Pahat. So, dah tengok kereta tu rasa syok pula, rasa tak percaya, jejakkan tayar juga Alphard aku di bumi Malaysia ni..muahahahah.. Tak kisah la, wife pun kata sanggup je drive kete satu lagi dan aku drive Alphard balik ke Batu Pahat dari Shah Alam.
Cuma yang tak bestnye, cermin hitam sebelah kiri yang belakang sekali tu, diorg pasang tak cukup kedap, sepanjang perjalanan memang terasa angin luar yang masuk...aduhai.... nak kena repair la jawabnye nie....
Keadaan dalam kereta amat menyedihkan....
Dalam kereta aku ni, aku simpan bateri, hand tool (wrench spanar), pam angin kaki, wire jumper, PSP wire AUX output, USB 1GB, semuanye missing..walawei bateri je diorg tak ambil.. Aku suspek org kat port atau org kat bengkel tukar cermin hitam yang sambar nie.. Tak pun diorg nak cari Wheel Lock Nut untuk buka rim sport aku ni. Nasib baik aku pasang, kalau tak mahu menangis aku....Nasihat aku, pastikan memang tiada barang-barang langsung dalam kereta. Biarlah kereta semata mata. Dah la kereta memang kotor gila. Aku rasa kereta ni parking open space nie. Yang tu je la aku tak puas hati, tapi memang dah dijangkakan.