Popular Posts

Friday, May 4, 2012

Pengalaman Pohon AP kat MITI

Dah lama x update blog ni, tiada kesibukan cuma tiada daya (pendek cerita , malas nak tulis) tapi tetiba rasa nak update la pula. Bukan apa , seronok sebab petang semalam ada call MITI bertanyakan tentang permohonan AP kenderaan (pohon pada 17 April 2012). Pegawai AP yang menjawa panggilan, entah apa namanya (perempuan), lupa nak bertanya namanya, katanya semua AP yang dipohon telah diluluskan. Apa yang semua dipohonnya pun, aku tidak tahu menahu langsung maksudnya. Pegawai tersebut hanya tanya pada tarikh semasa mohon AP. Mungkin mesyuarat kelulusan AP kenderaan (difahamkan pada hari Khamis, 3 Mei 2012) meluluskan semua permohonan AP bertarikh dari sebelum 17/4/2012 ke tarikh sebelum meeting. Entah la, lantak la, malas nak fikir, janji AP wife aku lulus. Tu je la..YAHOOOO!!!!
Kami call MITI hampir setiap hari tanya status permohonan.

So, just nak kongsi pengalaman pohon AP nie...
Nak tak nak kena ikut syarat kelulusan AP seperti yang tertera dalam website MITI.
Agen forwarder kami, dah sediakan semua dokumen yang berkaitan, katanya just pergi MITI hantar dokumen dan interview akan dijalankan oleh pegawai MITI. Apabila pegawai sudah berpuas hati , baru la permohonan akan di teruskan ke peringkat lain (big boss MITI la ni).

Dokumen yg dihantar ada 2 jenis, Dokumen Kenderaan & Dokumen Pemohon

Dokumen Kenderaan

1. Borang JK69 (bertaip)
kalau salah type pun tidak mengapa, boleh isi balik kat situ juga (ada disedaikan bilik menaip, dan yg paling penting FOC - kes kami kene type balik sbb pegawai MITI minta tukar status BEKERJA kepada BELAJAR...peliknye, sedangkan wife aku ni staff krjn, so statusnye mesti la bekerja kan?.. apa apa je la..ikut je..)

2. Syaken Copy + translation nye sekali
Sebelum matikan syaken, make sure buat copy banyak-banyak dan simpan elok-elok. MITI nak salinan syaken yang dicopy dari original syaken, bukannye salinan syaken yang dicopy dari salinan syaken.Kalau print out yang di scan pun tidak diterima sama sekali.

3. CE (Masyou) + translationnye
Pastikan dapat balik original masyou dari forwarder Jepun. Buat salinan dan translationnye sekali. Masa hantar appication, yang original masyou kena bawa sekali. MITI akan bandingkan yang salinan dan original.

4. Insurance Kereta (Jibaiseki) + translation
Yang ni kita simpan sendiri. Katakan sudah 2 tahun beli kereta kat Jepun, mesti ada  2 jibaiseki. Buat copy kedua-duanye sekali dan terjemahannye. Bawa sekali yang original nye masa submit AP. MITI akan bandingkan tarikh jibaiseki dengan syaken kereta (nak pastikan minimum 9 bulan pemilikan kereta)

5. Resit Beli Kereta + translationnye
Yang ni paling tidak kritikal sekali. Resit beli alphard aku ada banyak page (menyatakan quotation, invoice, warranty), semua sekali harung dari NetzToyota Yokohama Asahi U-Car. Agen kami malas nak buat semua translation tu, jadi dia buat je resit sendiri & translationnye. Dan submit pada MITI, pegawai MITI tengok2 mcm tu aje, tiada soalan (pegawai MITI tak ambik pot pun pasal resit nie). Kesimpulannya, kalau kereta korang tiada resit pembelian pun (terutamanya yg beli direct dr owner), tak mengapa. Buat je resit sendiri tapi make sure la kan dlm nihon-go..Muahahahaha..jgn pulok korang buat dlm bahasa melayu/inggeris...Nanti kalau pegawai MITI yg kerek mesti charge korang menipu pulak..haha


Dokumen Pemohon.
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Lesen Malaysia
3. Salinan Lesen Antarabangsa
4. Salinan Surat Penawaran Belajar
    - Surat penawaran biasiswa dari KPT
    - Surat Tawaran Cuti Belajar
    - Surat tawaran pengajian dari Universiti (Nihon -go) + translation
5. Salinan Surat Tamat Pengajian dari Universiti
6. Salinan Sijil Tamat Pengajian (PhD certificate)
7. Salinan Surat Lapor Diri Bertugas dari majikan.
8. Surat Permohonan AP
    (surat rasmi menyatakan kita nak bawa masuk kereta guna AP student - egen yg buatkan)
9. Salinan tiket penerbangan balik (e-tiket pun OK)
10. Salinan Muka Depan Pasport + setiap helaian passport yang berchop

Setakat hari ini, agen maklumkan yang pengesahan translation hendaklah dibuat oleh Persatuan Penterjemah Malaysia sahaja. Katanya bangunan berdekatan MITI itu sahaja. Charge perkhidmatannya adalah RM50/doc. Maknanya kalau ada 10 dokumen, RM500 macam tu saja sedekah ke Persatuan Penterjemah Malaysia.  Kami bernasib baik sebab masa submit dokumen, penguatkuasaan ini belum dikuatkuasakan lagi.


Tu je la, cuma isu kat sini tentang lesen yang sah digunapakai di negara terbabit..
Wife aku tiada lesen memandu Jepun, cuma ada lesen antarabangsa di mana mengikut cakap cakap orang kita di Jepun, hanya sah dalam masa setahun je. Kalau re-new balik pun, polis Jepun tak terima. Betul ke? Aku tengok student bujang Malaysia kat sini selamba je bawak kereta dengan tiada lesen Jepun, pakai lesen antarabangsa yang di re-new sampai 3 kali dah pun? Saja saja buat back up plan kalau kena tahan dengan polis Jepun kot..hehe

Kesimpulannya, utk apply AP memang kena ada lesen Jepun baru AP senang lulus.
Kalau tiada lesen memandu Jepun, Pegawai MITI boleh consider kemukakan lesen memandu Jepun aku disertakan sekali dengan sijil nikah. TETAPI pegawai tu kata x gerenti la..mungkin masa depan lain pula sbb kes aku ni kira baru lagi penguatkuasaan lesen ni. So, diorg boleh consider. Nasihat aku, untuk ketenangan fikiran, biarlah pemohon sendiri yang ada lesen Jepun, tak payah harap nak pakai lesen Jepun pasangan, terutama sekali para isteri. Di masa depan kita tak tahu macam mana.Better safe than sorry...

MITI cuma nak bukti yang kita memang pakai kereta ni 9 bulan masa di Jepun, bukannya org beli AP kite pas tu peram 9 bulan. Cukup 9 bulan eksport ke Malaysia. Bukti si pemohon pakai kereta ni, camne??

Untuk mereka yang nak ke MITI, berikut alamatnya:

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. (MITI) 
Kompleks Pejabat Kerajaan Jalan Duta, Jalan Duta, 
50622, Kuala Lumpur.


Coordinate : 3° 10' 29.91" N      101° 40' 26.37'' E

Parking berbayar ada disediakan , sekali masuk RM4.
Kalau x mahu bayar, parking la kat tepi tepi jalan tu. Jalan agak sempit dek sbb sikap tak bertanggungjawab pemilik kenderaan parking kat tepi jalan. Kalau kereta korang bergaris, bercalar, berkemek sini sana, kena clamp ka, OK la tu, padan la , parking ikut dan..muahahaha..


Untuk rujukan lanjut berkenaan AP, boleh rujuk link kat bawah nie

http://www.miti.gov.my/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_12a8fe50-ac1c231a-1ca18370-955a9d52

2 comments:

  1. Assalamualaikum saudara....

    Saya ingin memohon pendapat dan cadangan berkaitan AP dan juga jenis kereta...Saya ni peminat tegar Toyota dan in fact kereta saya sekarang pun dah dekat 17 tahun penggunaan. Saya kira sekarang adalah waktu bertepatan untuk membuat pembelian baru memandangkan umur anak saya pun dah nak masuk 17 tahun. Saya berminat dengan kereta Estima tetapi bila lihat posting saudara dengan Alphard ni, tergerak pula nak beli Alphard...yer lah kan..dah alang2 duduk luar ni dan layak untuk AP, why not kan...

    Masalah saya sekarang ialah berkaitan cukai...saya ada terlihat satu website forwarder yg beri jumlah dalam 78K untuk cukai bagi kereta Estima 34 bulan...terasa lah beribu2 lemon duit cukai tu dan bila saya cuba applykan pengiraan dekat saudara punya excel sheet, jumlah yg saya dapat dalam sekitar 10K saja...confused..

    Saya ingat nak beli baru dari Jepun dan hantar ke tempat saya sekarang dan bawa balik selepas 9 bulan atau setahun...rasa2 berbaloi ker tax yang akan dikenakan?

    Jika saya berminat utk beli yg tak baru, ada cadangan penjual di Jepun tak yg saya boleh lihat online or probably saya terbang jer ke Jepun untuk berjumpa dengan seller...

    Mohon pencerahan dan jika boleh beri email saudara, mungkin saya boleh berhubung dengan email sahaja..klau ada wassap lagi bagus...

    Terimakasih dan maaf panjang lebar pulak celoteh saya...

    Azmy

    ReplyDelete
  2. Sorry, boleh email sy ke japbidder@gmail.com , berkenaan pengiraan tax sebnyk 10k tersebut, sebenarnya ada mereka yg x bertanggyngjawab sudah ubah parameter2 tettentu dlm googledoc tersebut.. :(

    ReplyDelete